Rabu, 17 September 2008

Mengenal lelaki lewat zodiak

*Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal. Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah. Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah penat bekerja.


*Virgo (24 Ogos - 23 September)
Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta. Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri.


*Libra (24 September - 23 Oktober)
Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai. Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.


*Scorpio (24 Oktober - 22 November)
Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.


*Sagitarius (23 November - 22 Disember)
Dia seorang yang suka bergaul, suka kehidupan yang baik tetapi gemar berfoya-foya. Dia adalah insan yang paling romantik. Dia menarik, mudah bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat-tempat yang menawan. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar. Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam perjudian. Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati. Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang.


*Capricorn (23 Disember -20 Januari)
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun. Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.


*Aquarius (21 Januari - 19 Februari)
Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.


*Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.


*Aries (21 Mac - 20 April)
Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


*Taurus (21 April - 20 Mei)
Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita. Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.


*Gemini (21 Mei - 21 Jun)
Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya. Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.

Tidak ada komentar: